Monday, 15 December 2014
Saturday, 13 December 2014
surat kebenaran untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat
Kepada
Ajk surau Al-Hidayah .
Melalui,
MOHD MOKHTAR TAHAR
Penyelaras,
Kursus Rekreasi dalam Komuniti GGGE 3453
,Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
43600, Bangi,
Selangor.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM KEMASYARAKATAN DI SURAU
AL - HIDAYAH,JALAN REKO,SEKSYEN 5, BANDAR BARU BANGI
Merujuk perkara di
atas, saya setiausaha kumpulan citra LMCR2273memohon
kebenaran dari pihak tuan bagi menjalankan Program Kemasyrakatan bersama penduduk taman jalan Reko, Bandar
Baru Bangi.
1. Matlamat projek kami adalah menyediakan persekitaran surau yang lebih bersih dan
selesa serta mengeratkan lagi hubungan
kemasyarakatan antara yang terlibat. Program ini. Program ini juga merupakan kajian
terhadap kursus Apresiasi Teknolgi Maklumat (LMCR2273).
2.
Maklumat tentang projek
adalah seperti berikut:
Tarikh: 6 & 7
November 2014
Masa: 8.00 pagi –
9.00 malam
Tempat: surau
Al-Hidayah Bandar Baru Bangi
perancangan projek
Perancangan projek adalah seperti
berikut :
· Tajuk
projek adalah Program Kemasyarakatan, yang akan dijalankan di surau Al-Hidayah
Sek 5 di Bandar Baru Bangi.
· Matlamat
projek kami adalah menyediakan persekitaran surau yang lebih bersih dan selesa
serta mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan antara yang terlibat.
· Tujuan
projek ini diadakan bagi menanam semangat kerjasama antara penduduk setempat ,
memupuk kesedaran tentang pentingnya kebersihan tempat beribadat, serta
meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
· Objektif kajian adalah membersihkan kawasan surau
dalam slot gotong-royong, seterusnya, mengadakan aktiviti sukanika pada waktu
petang di kawasan surau,
serta
, mengadakan bacaan yasin pada pada slot santapan rohani yang akan diadakan
pada malam harinya.
·
Sumber-sumber lain yang
dapat membantu dalam pelaksanaan projek adalah dari ahli jawatan kuasa surau .
·
Pihak-pihak lain yang
boleh membantu dalam memberikan sumbangan adalah dari penduduk setempat.
·
Cara pengumpulan
maklumat adalah dengan cara menemu ramah serta pemerhatian.
·
Cara merekodkan
pelaksanaan projek adalah dengan cara mengambil gamba projek bagi tujuan
pembuktian serta mendapatkan pengesahan dari imam surau serta melalui
penulisan.
·
Sumber kewangan adalah
dari ajk-ajk dari ahli kumpulan ini serta sumbangan dana ikhlas dari penduduk
setempat.
Bagi kajian terhadap
kursus Apresiasi Teknologi Maklumat, kumpulan kami telah mengambil kata sepakat
untuk mengadakannya di Taman Bangi, Selangor. Bagi menjayakan kajian ini, kami
telah mewujudkan sebuah laman web mengenai taman tersebut.
Antara isi kandungan laman web tersebut termasuklah
aktiviti yang telah kami anjurkan di taman tersebut, matlamat, dan kebaikan
yang diperoleh hasil daripada aktiviti tersebut. Aktiviti yang telah kumpulan
kami adakan adalah khidmat masyarakat di Surau Al-Hidayah Taman Bangi dengan
membersihkan kawasan dalam serta luar surau seperti menyapu sawang, mencuci
kipas dan mencuci tingkap. Selain itu, kumpulan kami juga turut mengadakan
bacaan Yasin seusai solat maghrib berjemaah.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mewujudkan
semangat kerjasama dalam diri setiap ahli kumpulan dan penduduk taman tersebut.
Aktiviti ini juga secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan antara belia
dengan masyarakat sekeliling dan mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya
untuk setiap orang menjaga kebersihan. Di samping itu, aktiviti seperti ini
juga turut dapat mengasah kemahiran komunikasi dalam diri setiap pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia dengan orang luar.
Banyak
kebaikan yang telah kami peroleh sepanjang menjalankan aktiviti ini. Diharap
aktiviti seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih banyak pada masa hadapan dan
semakin ramai yang menyertai aktiviti seperti ini dari pelbagai golongan dan
latar belakang untuk melahirkan rakyat Malaysia yang maju bukan sahaja dari
nama malah sifat dan sikapnya jua
Subscribe to:
Posts (Atom)