Saturday, 13 December 2014

perancangan projek

Perancangan projek adalah seperti berikut :

·       Tajuk projek adalah Program Kemasyarakatan, yang akan dijalankan di surau Al-Hidayah Sek 5 di Bandar Baru Bangi.
·       Matlamat projek kami adalah menyediakan persekitaran surau yang lebih bersih dan selesa serta mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan antara yang terlibat.
·       Tujuan projek ini diadakan bagi menanam semangat kerjasama antara penduduk setempat , memupuk kesedaran tentang pentingnya kebersihan tempat beribadat, serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
·       Objektif  kajian adalah membersihkan kawasan surau dalam slot gotong-royong, seterusnya, mengadakan aktiviti sukanika pada waktu petang di kawasan surau,
serta , mengadakan bacaan yasin pada pada slot santapan rohani yang akan diadakan pada malam harinya.
·         Sumber-sumber lain yang dapat membantu dalam pelaksanaan projek adalah dari ahli jawatan kuasa surau .
·         Pihak-pihak lain yang boleh membantu dalam memberikan sumbangan adalah dari penduduk setempat.
·         Cara pengumpulan maklumat adalah dengan cara menemu ramah serta pemerhatian.
·         Cara merekodkan pelaksanaan projek adalah dengan cara mengambil gamba projek bagi tujuan pembuktian serta mendapatkan pengesahan dari imam surau serta melalui penulisan.
·         Sumber kewangan adalah dari ajk-ajk dari ahli kumpulan ini serta sumbangan dana ikhlas dari penduduk setempat.


No comments:

Post a Comment