Saturday, 13 December 2014

Bagi kajian terhadap kursus Apresiasi Teknologi Maklumat, kumpulan kami telah mengambil kata sepakat untuk mengadakannya di Taman Bangi, Selangor. Bagi menjayakan kajian ini, kami telah mewujudkan sebuah laman web mengenai taman tersebut.
            Antara isi kandungan laman web tersebut termasuklah aktiviti yang telah kami anjurkan di taman tersebut, matlamat, dan kebaikan yang diperoleh hasil daripada aktiviti tersebut. Aktiviti yang telah kumpulan kami adakan adalah khidmat masyarakat di Surau Al-Hidayah Taman Bangi dengan membersihkan kawasan dalam serta luar surau seperti menyapu sawang, mencuci kipas dan mencuci tingkap. Selain itu, kumpulan kami juga turut mengadakan bacaan Yasin seusai solat maghrib berjemaah.
            Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama dalam diri setiap ahli kumpulan dan penduduk taman tersebut. Aktiviti ini juga secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan antara belia dengan masyarakat sekeliling dan mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya untuk setiap orang menjaga kebersihan. Di samping itu, aktiviti seperti ini juga turut dapat mengasah kemahiran komunikasi dalam diri setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dengan orang luar.
            Banyak kebaikan yang telah kami peroleh sepanjang menjalankan aktiviti ini. Diharap aktiviti seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih banyak pada masa hadapan dan semakin ramai yang menyertai aktiviti seperti ini dari pelbagai golongan dan latar belakang untuk melahirkan rakyat Malaysia yang maju bukan sahaja dari nama malah sifat dan sikapnya jua

No comments:

Post a Comment